Monday, December 1, 2008

STRUKTUR PADA BATUAN SERPENTINIT DI SEPANJANG SEMPADAN JALUR TENGAH DAN JALUR BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA

Convention Bandung 2004 (CB2004)
The 33rd Annual Convention & Exhibition 2004

Indonesian Association of Geologist
Horizon Hotel, 29-30 Nov, 1 Oct 2004, Bandung

STRUKTUR PADA BATUAN SERPENTINIT DI
SEPANJANG SEMPADAN JALUR TENGAH DAN
JALUR BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA

Jatmika Setiawan1), Ibrahim Adullah2), Zaiton Harun2)
jatmikasetiawan855@hotmail.com, iba@pkrisc.cc.ukm.my, zaiton@pkrisc.cc.ukm.my

1) Jurusan Teknik Geologi, Fakultas Teknologi Mineral, UPN “Veteran Yogyakarta
2) Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universitas Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Di sepanjang sempadan (batas) Jalur Tengah dan Jalur Barat Semenanjung
Malaysia, yang dikenali sebagai Garisan Bentong-Raub atau Sutura Bentong,
tersingkap beberapa jasad serpentinit yang berjajaran pada arah antara N340oEN350oE.
Singkapan-singkapan tersebut dipercayai mewakili batuan ultramafik yang
dahulunya merejah batuan Devon Bawah dan kemudiannya telah berubah menjadi
serpentinit. Batuan serpentinit tersebut tersingkap di Bukit Rokan Barat, Kampung
Selaru, Petasih (Negeri Sembilan); Cheruh-Bentong (Negeri Pahang) dan Kelantan
Barat (Negeri Kelantan). Seterusnya kajian struktur di batuan serpentinit dapat
digunakan untuk menjelaskan sejarah canggaan (deformasi) yang telah berlaku di
sepanjang sempadan Jalur Barat dan Jalur Tengah Semenanjung Malaysia.

Observasi lapangan pada singkapan-singkapan serpentinit dijumpai struktur foliasi,
telerang, jalur ricih dan sesar. Foliasi umumnya berjurus utara-baratlaut (UBL),
kecuali di Petasih dan Cheruh yang berjurus barat-baratlaut (BBL). Deformasi
pertama berarah arah NNW hingga NNE, menghasilkan sesar songsang (naik) geser
kanan (SSGK) dengan jurus sesar SE-NW dan kemiringan antara 70o-80o.
Deformasi kedua dengan tegasan berarah NE-SW, menghasilkan sesar SSGK
berjurus antara N340oE-N350oE atau N160oE-N170oE dan kemiringan antara 70o85o.
Deformasi ketiga dengan tegasan kompresi berarah NEE-SWW, menghasilkan
sesar mendatar kanan normal (SMKN) dengan jurus dan kemiringan N20oE/70o atau
N130oE/70o. Deformasi terakhir dengan tegasan timurlaut-baratdaya (TL-BD),
menghsilkan sesar songsang geser kiri (SSGK) dengan jurus dan kemiringan
N270oE/85o.Hasil kajian petrografi dari semua sayatan nipis mendapati bahawa
batuan asal ultramafik telah terubah menjadi mineral serpentin. Kecuali di daerah
Cheruh-Bentong masih terlihat batuan asalan serpentinit adalah batuan igneus
Peridotit

Comments :

0 comments to “STRUKTUR PADA BATUAN SERPENTINIT DI SEPANJANG SEMPADAN JALUR TENGAH DAN JALUR BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA”

 

Copyright © 2009 by Role of Geology